Setiap pelajar dari luar Negara akan 'dihadiahkan' dengan beberapa orang Tutor bagi membantu untuk menguruskan pelbagai urusan serta keperluan pada 6 bulan pertama di Jepun. Saya mempunyai 4 orang Tutor yang banyak membantu saya menyelesaikan pelbagai urusan di sini. Maklum sahajalah, urusan pejabat / rasmi di Jepun adalah kebanyakkannya menggunakan bahasa rasmi mereka. Antara urusan yang memerlukan bantuan mereka adalah:
1. Pendaftaran residence card/alamat di City Hall
2. Permohonan insurance di City Hall
3. Pembukaan akaun bank
4. Pendaftaran no.telefon
dan pelbagai lagi urusan rasmi di pejabat kerajaan dan kampus. Mereka sangat membantu saya. Syukur Alhamdulillah Allah hadirkan mereka dalam hidup saya pada peringkat awal saya di sini. Urusan saya dan suami dipermudahkanNya. Selain itu juga, mereka juga banyak berkongsi maklumat berkenaan makanan yang boleh dikonsumsi oleh Muslim di Jepun. Rupanya mereka sudah bersiap sedia sebelum saya ke sini lagi. Terima kasih sensei kerana memberi kepercayaan kepada mereka dalam membantu urusan saya di sini.

Bersama 4 orang Tutor yang sentiasa ceria. Dari kiri: Ueyama san, Kose san, saya, Ozawa San, dan Fushitani San.

Pertama kali menggunakan mesin untuk membeli tiket keretapi turut dibantu mereka.

Ke kedai telefon

Suami sibuk membincangkan tentang urusan-urusan yang perlu diselesaikan.
Org jepun mmg baik...mereka banyak membantu walaupn kadang2 terdapat kekangan utk berkomunikasi...
ReplyDelete