Sunday, 1 November 2015

Nihongo

Belajar Bahasa Jepun

Sebelum ke Jepun saya tidak sempat untuk mengikuti mana-mana kelas Bahasa jepun di Malaysia. Malah tiada asas dalam Bahasa jepun. Sekadar tahu perkataan paling asas iaitu ; Ohaiyo Gozaimasu & Arigato Gozaimasu. Kekangan masa dan kepadatan jadual kerja tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Jika tidak silap, banyak sahaja kelas jepun di Malaysia sekarang. Malah ada yang menawarkan kelas khas Bahasa jepun secara privasi dirumah. Disebabkan, pengajian diperingkat PhD tidak memerlukan kemahiran berbahasa jepun, juga merupakan salah satu faktor saya tidak bersungguh-sungguh untuk belajar Bahasa Jepun sebelum saya ke sini. Namun, saya dan rakan rakan yang lain beranggapan bahawa tidak salahnya jika kita belajar sesuatu yang baharu jika berada di tempat orang. Banyak kebaikannya juga, sekurang-kurangnya kita dapat menyertai perbualan secara tidak rasmi bersama rakan di makmal. Kita juga dapat bertanya secara ringkas kepada peniaga-peniaga untuk membeli sesuatu barang. Mereka sangat menghargai kita jika kita dapat turut serta dalam perbualan mereka walaupun sepatah perkataan. Sangat seronok!. Kelas Bahasa jepun yang saya sertai adalah kelas secara tidak formal (tiada ujian atau peperiksaan). Sekadar belajar peringkat asas  iaitu penulisan karakter katakana dan hiragana sahaja. Selain daripada itu, saya juga belajar membaca dan berbual secara ringkas bersama guru serta rakan sekelas. Kelas Bahasa Jepun yang saya sertai adalah selama 50 minit seminggu pada setiap hari Rabu dengan bayaran 500 yen sebulan di Kampus Uji.


Sesi memperkenalkan diri.
~Hajimemashite, Namaewa Hasunida desu, Mareshia karakhimashita, Kyoto Daigaku/Kyodai ryogakusei desu, Yoroshiku oneigashimasu~ (Sila hafal untuk memudahkan anda memperkenalkan diri apabila berada di Jepun. Jangan lupa untuk tunduk sedikit apabila selesai memperkenalkan diri anda)


Nihon go no Sensei (Yamazoe Sensei)

Nihon go no hon (Untuk asas Bahasa Jepun 1)


No comments:

Post a Comment