Saturday, 31 October 2015

Tutor

Setiap pelajar dari luar Negara akan 'dihadiahkan' dengan beberapa orang Tutor bagi membantu untuk menguruskan pelbagai urusan serta keperluan pada 6 bulan pertama di Jepun. Saya mempunyai 4 orang Tutor yang banyak membantu saya menyelesaikan pelbagai urusan di sini.  Maklum sahajalah, urusan pejabat / rasmi di Jepun adalah kebanyakkannya menggunakan bahasa rasmi mereka. Antara urusan yang memerlukan bantuan mereka adalah:

1. Pendaftaran residence card/alamat di City Hall
2. Permohonan insurance di City Hall
3. Pembukaan akaun bank
4. Pendaftaran no.telefon

dan pelbagai lagi urusan rasmi di pejabat kerajaan dan kampus. Mereka sangat membantu saya. Syukur Alhamdulillah Allah hadirkan mereka dalam hidup saya pada peringkat awal saya di sini. Urusan saya dan suami dipermudahkanNya. Selain itu juga, mereka juga banyak berkongsi maklumat berkenaan makanan yang boleh dikonsumsi oleh Muslim di Jepun. Rupanya mereka sudah bersiap sedia sebelum saya ke sini lagi. Terima kasih sensei kerana memberi kepercayaan kepada mereka dalam membantu urusan saya di sini.



Bersama 4 orang Tutor yang sentiasa ceria. Dari kiri: Ueyama san, Kose san, saya, Ozawa San, dan Fushitani San.


Pertama kali menggunakan mesin untuk membeli tiket keretapi turut dibantu mereka.


Ke kedai telefon


Suami sibuk membincangkan tentang urusan-urusan yang perlu diselesaikan.

Sunday, 11 October 2015

Sebelum ke Jepun (Temuduga).

Pertama sekali saya ingin memohon maaf diatas segala kekurangan yang ada pada blog saya ini memandangkan ini kali pertama saya menulis di sini.
Saya ingin mulakan blog ini dengan bercerita berkenaan kisah sebelum saya datang ke negara Jepun.

Kisahnya bermula pada akhir tahun lepas (Disember 2014), yang mana saya mendapat tawaran menghadiri satu sesi temuduga di salah sebuah Universiti awam. Kebetulan pada ketika itu saya sedang bercuti di kampung saya, Dungun, Terengganu. Ketika itu, keadaan di bahagian timur Malaysia agak 'kurang baik' sedikit kerana terdapat beberapa kawasan yang dilanda banjir dan kebanyakkan jalan ditutup untuk kenderaan kecil. Suami saya pula sedang berkursus di Perak ketika itu dan beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung saya untuk bersama-sama menghantar saya ke tempat temuduga tersebut. Kami bergerak pada pukul 12 malam daripada Dungun menuju ke Kota Bharu. Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat yang dituju pada jam 5 pagi. Dalam perjalanan, kami sempat menghubungi beberapa cawangan gerakan banjir untuk mengetahui keadaan jalan dan maklumat yang diterima, jalan-jalan masih boleh diguna untuk kenderaan kecil. Selepas solat subuh, kami bersiap-siap ke tempat temuduga. Pengalaman ini agak bermakna bagi saya kerana pertama kali menghadiri temuduga dengan keadaan tidak cukup tidur hihihi..mengantuk sangat-sangat..hanya ALLAH yang tahu. Dipendekkan cerita, saya dipanggil ke bilik temuduga pada jam 11 pagi. Setelah sesi memperkenalkan diri, saya ditanya berkenaan dengan 'proposal PhD'. Nasib baik sebelum ini sempat juga saya berbincang berkenaan hal ini dengan bekas penyelia sewaktu belajar master dahulu. Saya juga sempat mengkaji beberapa universiti pilihan. Pada ketika itu, soalan yang di tanya, di manakah kamu akan melanjutkan pelajaran? Hanya perkataan ' Kyoto University' yang saya jawab hihihi.. Mereka dengan senang hati menjawab, Bagus!!!Jepun bagus tu, Ok, nanti siapkan proposal dahulu, hantarkan kepada kami, jika kamu layak, Bulan 10, 2015 kami nak kamu fly dengan segera. Ya ALLAH!!! cepatnya...Setelah selesai sesi temuduga, kami pulang ke Dungun. Dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat yang bekerja di Kelantan, bertanyakan tentang perjalanan saya. Menurut beliau, pada jam sekitar 3 petang,kawasan yang saya hadir temuduga tersebut telah dinaiki air (banjir). Ya ALLAH, syukur Alhamdulillah kami selamat, namun terfikir juga saya, bagaimana keadaan mereka yang masih di sana. Semoga semuanya selamat. Pengalaman temuduga ini adalah pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada suami tercinta kerana bersusah payah bersama-sama saya untuk menjalani segala cabaran dan dugaan. Tidak lupa juga, pada ma&aboh serta keluarga yang tidak putus-putus memberi semangat dan berdoa agar perjalanan saya dimudahkan olehNya. Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai ke Dungun :)